
Saturday, March 17, 2012
Ternyata Ku Perlukan CINTA

Cinta Harus Memiliki
Apapun jom layan lagu nih sama2 ;)
MACAM MANA NAK JADI LELAKI KACAK?

OOH.. PADA MEREKA YANG MERASAKAN DIRINYA TIDAK KACAK, JANGAN TINGGALKAN BLOG INI DULU- KERANA SESIAPA SAJA BOLEH MENJADI KACAK KERANA KEKACAKAN SESEORANG ITU BUKANLAH HANYA TERLETAK PADA RUPA PARAS YANG ELOK!
Jadi, anda ingin tahu bagaimana untuk menjadi lelaki kacak? Mari saya beritahu sesuatu: Anda tidak keseorangan!
Sebagai lelaki, adakalanya kita merasakan yang diri kita ini tidak cukup menarik . Semua lelaki di dalam dunia ini, pada 1 tahap~ mereka menginginkan diri mereka tampak kacak atau berasa diri mereka kacak!!
Setuju atau tidak, penampilan kita memberikan pandangan yg baik atau tidak pada semua orang yang berinteraksi dgn kita, termasuklah wanita yang anda minati.
Sekarang, adakah anda sudah sedar akan kepentingan menjaga penampilan diri?
Bagus! Kerana disini anda akan temui langkah mudah & praktikal yg dapat membantu meningkatkan bukan sahaja penampilan anda malah keyakinan diri anda juga!
JADI BAGITAHU KAMI, APA SAYA PERLU BUAT UNTUK MENINGKATKAN PENAMPILAN SAYA?
Pertama, anda perlu jelas yang menjadi kacak bukan saja semata2 lahir dengan rupa paras yg elok. Menjadi kacak lebih menjurus kepada pembawakan diri anda.
Ini bermakna jika anda ingin meningkatkan penampilan anda harus:
- mula memberi perhatian pada penjagaan diri anda.
- mula bersenam untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal.
- mula memberi perhatian pada apa yang anda pakai & gaya rambut anda.
- mula membina keyakinan diri & personaliti anda.
Semua ini boleh membantu anda menukarkan penampilan anda dengan tidak disangka2.
1. Bagaimana caranya untuk menjadi kacak? - Mula memberi perhatian pada penjagaan diri anda!
Bayangkan seorang lelaki muncul di sebuah bilik, dalam keadaan yang tidak terurus. Apa tanggapan pertama anda? Hakikatnya, kita akan mula menilai & memberikan lelaki itu 'markah'dari penampilannya, kan?
Penjagaan diri bagi seorang lelaki adalah sanga penting, kerana ia mencerminkan personaliti anda, terutamanya kepada wanita. Jika anda menjaga kebersihan diri anda dengan baik , mereka akan mula berfikir "Wow, jika dia dapat menjaga penampilan dirinya dengan baik, dia mungkin juga dapa menjaga orang lain dengan baik".
Anda tidak perlu berbelanja besar, memadai dengan memberi perhatian kepada beberapa perkara asas. Berikut adalah beberapa perkara yang perlu diingat:
- Bercukur dengan elok & menjaga kebersihan wajah.
- Gunakan deodoran.
- Pilih syampu yang bersesuaian dengan ekstur rambut anda.
- Pastikan nafas anda berbau segar, gunakan pembersih mulut yg sesuai.
- Pastikan kulit anda tidak kering. Anda boleh juga menggunakan pelembap yg sesuai.
- Jangan gunakan sabun pada wajah anda. Ini boleh merosakkan wajah.
Mungkin ini adalah satu langkah yang perlu anda berikan perhatian serius dalam mengubah & meningkatkan penampilan anda.
Bentuk fizikal yang baik tidak terjadi dengan begiu sahaja- ia melibatkan usaha keras, senaman, diet yang sihat & komitmen yang padu. Bagaimana anda boleh mendapatkannya? Disini disertakan tips untuk anda mulakan:
- Anda boleh bersenam, pergi ke gim atau melakukan mana2 aktivii yang bersesuaian dengan anda. Badan yang sihat & kekar akan menjadikan anda kelihatan & rasa kuat serta menambah nilai pada tahap keyakinan anda.
- Makan dengan betul. Sayur2an, buah2an, produk tenusu, makanan tinggi proein (telur, susu, daging, ikan), karbohidrat (beras perang) dll.
- Anda boleh mengetahui langkah2 pengambilan makanan yg sihat melalui buku, internet atau berjumpa dengan doktor. Ia mungkin boleh membantu anda untuk melakukannya dalam langkah yang betul, bersesuaian dengan keperluan tubuh anda.
- Minum banyak air. Air dapat membantu dalam membina otot anda & memastikan kulit anda tampil segar & segah.
- Dapatkan tidur yang secukupnya. Ini akan membantu anda dalam mendapatkan semuaa tenaga anda, menajamkan pemikiran anda & membantu penampilan anda.
Cara anda berpakaian & apa yang anda pakai sangat2 menjelaskan siapakah anda sebenarnya.
Memakai pakaian yg betul dapat menambah nilai dalam keseluruhan penampilan anda. (menjadikan anda kelihatan menarik & memberikan anda 1 "status" di depan wanita); sebaliknya, tidak kira sepandai, seramah mana anda, orang akan menganggap sebaliknya jika anda berpakaian dengan tidak kemas.
Apa yang terbaik bagi anda, anda harus tahu tubuh anda tergolong dalam bentuk apa & berpakaianlah mengikutnya. Tidak perlu pakaian yang mahal, memadai dengan pakaian yang memberikan keselesaan & penampilan yang menarik pada diri anda.
Sebagai contoh, berikut andalh panduan dalam berpakaian mengiku tubuh anda.
Jika anda seorang yg kurus & tinggi:
Gunakan pakaian yg bergaris melintang untuk menjadikan badan anda kelihatan lebar.
Baju yang mempunyai cetakan corak yg besar juga boleh membantu.
Pilih warna yang cerah.
Jika anda tidak begitu tinggi:
Gunakan pakaian yang bergaris menegak & gunakan warna2 gelap seperti hitam . Secara visual, ia akan menambah ketinggian anda.
Untuk mereka yang berbadan besar:
Rahsia untuk kelihatan lebih kurus ialah memilih pakaian yang tidak terlalu keta & tidak terlalu besar. Pakai yg sedang2 saja dgn saiz tubuh anda
Gunakan baju yang mempunyai jalur menegak- jalur idak seharusnya besar,
elakkan diri dari pakaian yg erlalu besar & meriah dengan corak.
4. Bagaimana caranya untuk jadi kacak?- Yakin Diri!
Personaliti anda sebenarnya lebih menonjol dari rupa fizikal anda. Jadi, mempunyai keyakinan diri adalah sgt penting unuk dibina dalam langkah memasikan diri anda kelihaan kacak.
Disini ditulis beberapa cara unuk meningkakan & membina yakin diri anda:
- Jadi diri sendiri. Badan anda bukan saja 1 bahagian dari diri anda- bersama dengannya terdapat ciri2 & kelebihan yang menjadikan diri anda unik. Bakat, kebolehan, & kepercayaan adalah sebahagian dari diri anda juga. Jangan biarkan kelemahan yg sedikit mengawal segalanya ttg diri anda.
- Kekalkan postur badan yang baik. Duduk, bangun & berjalanlah dengan tegak. Elakkan dari membongkok. Postur yang baik dapat mempamerkan personaliti anda yang baik.
- Senyum. Perkara terbaik yang anda boleh lakukan ialah dengan kelihatan "mempelawa". Tiada cara yang lebih baik untuk mempelawa dari sebuah senyuman. Bukanlah ia bergantung pada apa yang anda letakkan pada wajah anda; ia adalah apa yang datang dari wajah anda yang wanita akan mula2 sedari. Seorang lelaki yang baik, tampil kemas & bersih serta berkeyakinan yang tersenyum seolah2 gembira dapat berjumpa dengan seorang wanita, adalah satu daya penarik.
Keyakinan diri anda di ekspresi kan melalui sifat dominan, postur sewaktu anda melangkah, pandangan mata yang tajam & senyuman yang manis. Seacara lahiriah, keyakinan anda datang dari kepercayaan terhadap diri anda yang kuat.
(MAKLUMAN: Entri ini ditulis sebagai penyertaan Zam dalam contest Cabaran SEO Lelaki Kacak anjuran Earncent.com. )
SUMBER: Squidoo.com
GAMBAR: Canon Malaysia
Amaran 2012 dalam Surah Ar Rahmaan?

(Al-Nahl 16:77)
Satu penemuan terkini tentang kod nombor perdana (prime numbers) didalam al-Quran oleh seorang pakar komputer bernama Ali Adam. Beliau juga pernah dijemput oleh European Space Agency untuk kajian hubungan gravity dan perubahan masa pada tahun 1999. Pada tahun 2001 beliau berjumpa dengan pengasas teori fizik terbaru berkenaan Helical Particle Waves dan beliau terus bergabung untuk mengembangkan kajian yang amat diperlukan ketika ini iaitu berkenaan jisim, kuasa elektrik dan kesan tindakbalas magnet.
Beliau menemui corak aturan nombor perdana didalam al-Quran setelah membaca buku bertajuk "Prime Obsession". Ali terus mendapat ilham untuk membuat analisa terhadap ayat yang diulang-ulang sebanyak 31 kali didalam surah ar-Rahmaan. Surah ini merupakan batu loncatan bagi Ali untuk mengkaji tentang peristiwa 2012 didalam al-Quran.
Nombor perdana adalah nombor asli yang lebih besar daripada 1, yang faktor pembahaginya cuma 1 dan bilangan itu sendiri. Sebagai contoh, 2 dan 3 adalah nombor perdana. 4 bukan nombor perdana kerana 4 boleh dibahagi 2. Sepuluh nombor perdana yang pertama ialah 2, 3, 5, 7, 11, 13, 17, 19, 23 dan 29.
Penemuan 2012 dalam al-Quran
Tahun 2012 didalam al-Quran yang dibentangkan oleh Ali adalah berdasarkan tahun hijrah iaitu tahun 1433 yang diolah dari surah Ar-Rahmaan. Dalam surah Ar-Rahmaan Allah menegaskan ayat (فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ) sebanyak 31 kali iaitu pada ayat bilangan berikut;
13, 16, 18, 21, 23, 25, 28, 30, 32, 34, 36, 38, 40, 42, 45, 47, 49, 51, 53, 55, 57, 59, 61, 63, 65, 67, 69, 71, 73, 75, 77
dan jumlahnya
13 + 16 + 18 + 21 + 23 + 25 + 28 + 30 + 32 + 34 + 36 + 38 + 40 + 42 + 45 + 47 + 49 + 51 + 53 + 55 + 57 + 59 + 61 + 63 + 65 + 67 + 69 + 71 + 73 + 75 + 77 = 1433
merupakan nombor perdana dan jumlahnya (1+4+3+3=11), juga merupakan nombor perdana!
tetapi paling penting ialah seperti kita maklum sekarang ini kita berada dalam tahun 1432H (2011M), dan kita dapat mengandaikan Allah mungkin menunjukkan suatu kejadian pada tahun 1433H (2012M).
Didapati juga dalam surah tersebut mengandungi 355 patah perkataan, iaitu bersamaan jumlah hari didalam tahun lompat Islam pada tahun 1433H (dikira termasuk huruf Bismillah);
30 + 29 + 30 + 30 + 29 + 30 + 30 + 29 + 30 + 29 + 30 + 29 = 355 days
sumber: http://www.islamicfinder.org/Hcal/hdate_year.php?year=1433&base=h
Oleh itu kesimpulan dibuat tiap perkataan didalam surah ini menjuruskan kepada hari tahun Islam 1433H (2012M).
Memandangkan ulangan ayat 31 kali mengandungi 4 perkataan (فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ), adalah wajar disimpulkan terdapat hubungan penting antara 31 dan tempoh 4-hari dalam 1433H untuk Allah Ar-Rahman memberi peringatan kepada umat manusia bagi mengambil perhatian.
Adalah didapati ayat ulangan yang pertama jatuh pada perkataan bilangan 44 dalam surah tersebut, boleh disimpulkan bahawa satu peristiwa akan berlaku pada tahun 1433H ialah pada hari ke 44 tahun tersebut iaitu pada 7hb. Januari 2012 berlanjutan selama 4 hari, dan ayat ulangan terakhir jatuh pada perkataan bilangan 346 dan dapat disimpulkan peristiwa tersebut akan berlaku pada hari ke 346 tahun 1433H bersamaan 4hb. November 2012 dan berlanjutan selama 4 hari.
Apakah Peristiwa Itu?
Apakah peristiwa penting itu? Mari kita lihat pada bilangan ke -1433 dalam huruf, perkataan dan ayat yang masing-masing bertanda merah.
"Hujan batu meteorite?" pada huruf ke - 1433 dalam ayat Quran [2:24]:
فَإِن لَّمْ تَفْعَلُوا۟ وَلَن تَفْعَلُوا۟
فَٱتَّقُوا۟ ٱلنَّارَ ٱلَّتِى وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلْحِجَارَةُ ۖ أُعِدَّتْ لِلْكَٰفِرِينَ
But if you don’t do it, and you shall never do it,
then beware The Fire for which Men and stones are its fuel; it is prepared for the unbelievers.
"Balasan azab berpanjangan" pada perkataan ke - 1433 dalam ayat Quran [2:86]:
أُو۟لَٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ ٱشْتَرَوُا۟ ٱلْحَيَوٰةَ ٱلدُّنْيَا بِٱلْءَاخِرَةِ ۖ
فَلَا يُخَفَّفُ عَنْهُمُ ٱلْعَذَابُ وَلَا هُمْ يُنصَرُونَ
These are they who buy the life of this world for the hereafter,
so their chastisement shall not be lightened nor shall they be helped.
" Balasan terhadap orang-orang mengadakan dusta" pada ayat ke - 1433 dalam ayat Quran [10:69]
قُلْ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى ٱللَّهِ ٱلْكَذِبَ لَا يُفْلِحُونَ
Say: Those who forge lies against Allah shall never succeed.
Friday, March 16, 2012
Masjid Masjid Di Luar Negara
[Al Baqarah:115]
Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu arahkan diri (ke kiblat untuk mengadap Allah) maka di situlah arah yang diredhai Allah; sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi sentiasa Mengetahui.
[Al Jin:18]
“Dan bahawa sesungguhnya masjid-masjid itu untuk (ibadat kepada) Allah semata-mata; maka janganlah kamu seru dan sembah sesiapapun bersama-sama Allah.
[HR Ahmad]
"Barangsiapa mendirikan satu mesjid, walaupun sebesar lubang yang digali oleh burung ayam untuk bertelur, pasti Allah mendirikan untuknya satu rumah yang sepadan di surga."
(SUMBER: GOOGLE IMAGES)
Tokyo Camii: Masjid Kedua Tertua di Jepun
The Tokyo Camii & Turkish Culture Center in Shibuya Ward, notable for its Ottoman architecture and intricate Arabic reliefs, is one of the mosques located across the nation that serve a small but thriving Muslim community estimated to number around 110,000 to 120,000, including roughly 10,000 Japanese Muslims.
Tokyo Camii, which was built in 1938 and is the second-oldest mosque in Japan, is open to worshippers and visitors of any nationality. It also hosts classes, Islamic "nikah" marriage ceremonies and conversions to Islam, which require two Muslim witnesses.
While relatively few worshippers visit Tokyo Camii to pray during regular weekdays, Yenturk said 400 to 500 Muslims, many from other parts of Asia, including Pakistan, Malaysia and Indonesia, regularly attend the important Friday noon prayers.
Although Islam is regarded as the world's second-largest religion after Christianity, Japan's population remains small compared with their numbers in the United States, where 2.454 million reside, or Britain, with a community of 1.647 million Muslims, according to a 2009 report by the Pew Research Center.
According to studies conducted by Hirofumi Tanada, professor of human sciences at Waseda University in Tokyo, there were 58 mosques in Japan as of April 2009, although he said more were founded recently, bringing the total to around 60.
Tanada explained that the first Muslim community recognized in Japan can be traced back to around the early 1920s, when a few hundred Turkish Muslims emigrated from Russia following the 1917 Russian Revolution.
These numbers gradually increased along with the pro-Islam policies of the government of the time, and by the end of the 1930s there were roughly 1,000 Muslims of various origins residing in Japan, Tanada said.
The next influx came in the 1980s, when a wave of migrant workers from nations such as Iran, Pakistan and Bangladesh arrived, significantly boosting the Muslim population.
Tanada, who has conducted much research and fieldwork on the country's Islamic communities, said that this increase in the Muslim population also led to an increase in the number of Japanese spouses converting to Islam.
Tanada said exchange students are responsible for the bulk of today's Muslim population in Japan, followed by self-employed workers in businesses such as used-car dealerships and halal food shops, as well as those in professional careers.




Akhirnya Aku Tahu Rasanya Ingin Bunuh Diri!

Hoo.. Sebagai penggayat, aku tak kan buat macam tu punyer.. Hehe.. Jadi, kenapa aku buat entri tentang ni? Saje2 sebab takde idea nak tulis entri keh?
Sebenarnya, perasaan itulah yang aku benar2 alami sewaktu ke Sunway Lagoon Theme Park beberapa bulan lalu. Sebelum membasahkan diri di water park, aku & beberapa orang kawan ke amusement park terlebih dahulu, & salah satu permainan yang dicuba oleh kami ialah Pirate Revenge nih.

Haha.. Perasaan seram, risau & takut yang bercampur aduk masa tu memang terbaik la kalau diingatkan balik. & sewaktu ayunan menegak tu berlaku, pemandangan apartment di depan mata aku dah jadi macam ni~

Himpunan Petua Awet Muda yang Mudah ;)

- Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, minum air suam dan biarkan dalam mulut kira2 10 saat sambil selawat 3 kali, kemudian baru ditelan.Air liur basi kita tu ada enzim yg boleh menjadi ubat. Kemudian boleh amalkan petua Rasulullah s.a.w, minum segelas air suam dicampur sedikit madu. Madu ialah penawar berbagai penyakit.
- Lepas buat petua di atas, urutkan pula wajah dengan air dari bawah dagu hingga ke dahi diiringi selawat 3 kali. (Dari atas ke bawah, bukan sebaliknya). Amalkan setiap hari.
- Setiap kali lepas solat subuh, amalkan baca surah Yusuf, kemudian minum air suam tiga teguk sahaja. Amalkan dengan jujur dan ikhlas. Insya Allah wajah akan lebih muda dari usia sebenar.
- Setiap kali berdandan di cermin, bacalah doa melihat diri di cermin, kemudian baca selawat di kedua tapak tangan dan sapukan ke muka sambil niat dalam hati agar diindahkan wajah seperti Nabi Yusuf a.s. Amalkan setiap pagi. Doanya begini:
“Segala puji-pujian bagi Allah sebagaimana Engkau telah mempercantikkan diriku dan juga akhlakku. Semoga Engkau menjauhkan wajahku dari api neraka”
- Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari2 yg baik seperti hari Isnin, Khamis & Jumaat. Amalkan juga menanam kuku/ rambut yg dipotong atau gugur. (Ustaz Ismail Kamus ada pesan macam ni). Petua memotong kuku menurut Imam an-Nawawi; sunat memotong kuku bermula daripada tangan kanan kemudian tangan kiri, memotong kuku kaki kanan kemudian kaki kiri.
- Sunat memotong kuku bermula jari tangan kanan keseluruhannya bermula dari jari telunjuk sehinggalah jari kelingking dan diikuti ibu jari, kemudian tangan kiri daripada jari kelingking sehinggalah ibu jari. Sementara kuku kaki pula, bermula kaki kanan daripada jari kelingking sehinggalah ibu jari kemudian kaki kiri daripada ibu jari sehinggalah kelingking.
- Bagi yg dah berkahwin, elok kalau kuku dipotong oleh pasangan masing-masing. Ini dapat mengeratkan lagi hubungan suami isteri. Rumahtangga yang bahagia pun penyebab kepada awet muda.
- Hindari sifat dengki & cemburu.
- Berhenti makan sebelum kenyang
- Hindari diri dari merokok.
- Senyum selalu. Pemanis wajah ni ;)
- Jangan bawa masalah sehingga ke waktu tidur.
- Paling penting jangan tinggal solat. Sebabnya selain memang diwajibkan, air wudhu’ yg terkena wajah kita 5 kali sehari itulah pencuci muka paling berkesan utk menyerikan wajah kita…dan juga hati kita.
Thursday, March 15, 2012
SEGMEN-JALAN-JALAN TAMBAH KENALAN by Zatiey.

Nak jumpa AYumi Hamasaki kat Jepun!
Japanese Stuf: Jpop, Jdrama, Anime, Manga, Canon, Gundam, Arts & Cultures
Berkesempatan ;)
Jom Join BLOGLIST AyuInsyirah tahun 2012
Segmen : Suaikenal | Taaruf | Ice-breaking
Pesta Belon Udara Panas Putra Jaya 2012~ Jangan lepaskan peluang ini!
"The Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta is a home grown event that seems to have gained interest from the public and media.
The uniqueness of the event draws everyone from all around Malaysia and neighboring countries. For the past 3 years, we have exhibited hot air balloon shows and other aviation sports to the public.
It encourages family togetherness by having fun with variety of activities for all ages. Held during school holidays, it is the perfect time for a quick family getaway.
Corporates has also taken opportunity to introduce new products, give out product samples, increase brand awareness and even increase sales for their product during the 4 days event."



One Piece Chapter 660: Royal Shicibukai Trafalgar Law
Wednesday, March 14, 2012
BEN ASHAARI AJAK KONGSI CERITA CUTI SEKOLAH

Fakta Menarik! Disebalik Sebab Kenapa Rasulullah S.A.W Sukakan Kucing

Nabi menekankan di beberapa hadis bahawa kucing itu tidak najis. Bahkan diperbolehkan untuk berwudhu menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap suci.
Kenapa Rasulullah Saw yang buta baca-tulis, berani mengatakan bahawa kucing suci, tidak najis?
Lalu, bagaimana Nabi mengetahui kalau pada badan kucing tidak terdapat najis?
Pada kulit kucing terdapat otot yang berfungsi untuk menolak telur bakteria. Otot kucing itu juga dapat menyesuaikan dengan sentuhan otot manusia.
Permukaan lidah kucing tertutupi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini bengkok mengerucut seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit. Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun cairan yang jatuh dari lidahnya.
Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.
Telah dilakukan berbagai penelitian terhadap kucing dan berbagai perbezaan usia, perbezaan posisi kulit, punggung, bahagian dalam telapak kaki, pelindung mulut, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sample dengan usapan. Di samping itu, dilakukan juga penanaman kuman pada bahagian-bahagian khusus. Terus diambil juga cairan khusus yang ada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.
Hasil yang didapatkan adalah:
- Hasil yang diambil dari kulit luar tenyata negatif berkuman, meskipun dilakukan berulang-ulang.
- Perbandingan yang ditanamkan kuman memberikan hasil negatif sekitar 80% jika dilihat dari cairan yang diambil dari dinding mulut.
- Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga memberikan hasil negatif berkuman.
- Sekalipun ada kuman yang ditemukan saat proses penelitian, kuman itu masuk kelompok kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang berkembang pada tubuh manusia dalam jumlah yang terbatas seperti, enterobacter, streptococcus, dan taphylococcus. Jumlahnya kurang dan 50 ribu pertumbuhan.
- Tidak ditemukan kelompok kuman yang beragam.
Berbagai sumber yang dapat dipercaya dan hasil penelitian laboratorium menyimpulkan bahwa kucing tidak memiliki kuman dan mikroba. Liurnya bersih dan membersihkan.
Komentar Para Doktor yang mengkaji dalam Bidang Kuman
Menurut Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemukan adanya kuman pada lidah kucing. Jika kuman itu ada, maka kucing itu akan sakit.
Dr. Gen Gustafsirl menemukan bahwa kuman yang paling banyak terdapat pada anjing, manusia 1/4 anjing, kucing 1/2 manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Sa’id Rafah menegaskan bahawa kucing memiliki perangkat pembersih yang bemama lysozyme.
Kucing tidak suka air kerana air merupakan tempat yang sangat subur untuk pertumbuhan bakteria, lebih-lebih lagi pada takungan air (lumpur, takungan hujan, dll). Kucing juga sangat menjaga kestabilan kehangatan tubuhnya. Ia tidak banyak berjemur dan tidak berada dekat dgn air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor tidak adanya kuman pada tubuh kucing.
Dan hasil penelitian kedoktoran dan percobaan yang telah di lakukan di laboratorium haiwan, ditemukan bahawa badan kucing bersih secara keseluruhan. Ia lebih bersih dari manusia.
Sisa makanan kucing hukumnya suci. Hadis Kabsyah binti Ka’b bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah, masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhu. Pada saat itu, datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bejana sampai kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah.” Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Ia menjawab, “Ya.” Lalu, Abu Qatadah berkata bahwa Nabi SAW prnh bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumah),”
(HR At-Tirmidzi, An-Nasa’i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).
Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahwa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhu untukku ke dalam bejana.”
Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sampai kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhu. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis.”
Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahwa budaknya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa ada bubur. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut.
Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.” Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhu dari sisa jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).
Hadis ini diriwayatkari Malik, Ahmad, dan imam hadis yang lain. Oleh karena itu, kucing adalah binatang, yang badan, keringat, bekas dari sisa makanannya suci.
SUMBER: Kucing.Web
Tuesday, March 13, 2012
SEGMEN: Lets Be Friend

- Nama yang paling 'femes' : Zamani (kot..hehe)
- Umur: 28 ( dah tua dah.. ;p )
- 5 perkara yang paling digemari:
- tangkap gambar
- lagu Ayumi
- belai kucing
- balik kampung
- makan coklat!
Apa mimpiku petang tadi

Bila terjaga dari tidur petang, aku toleh ke kiri kanan.. Tercari2 kamera yang aku 'dapat' tadi. Mamai la katakan.. Fikiran belum waras lagi.. Hehe
Adoi.. Kempunan aku kamera baru.. Tapi bila difikirkan balik, kenapa kamera dalam mimpi aku tu warna pink ae? Aku cam kamera tu.. Nikon 1 J1.. Itu je kamera yg aku tahu warna pink :p
Go~Reng Pisang~~
Thanks For Your Review, Reza Al Razi

Anda boleh klik header di atas untuk ke blog Mr Reza nih ;)
Dunia Belum Berakhir..
Monday, March 12, 2012
andai bahagia tak bisa ku gapai
Sunday, March 11, 2012
Setahun Berlalu: Jepun- Semasa & Selepas Tragedi



















