Tomodachi Sama

Wednesday, February 8, 2012

Contest Aku dan Quote : Sahabat Vs Cinta

Sesiapa nak join, ade masa lagi nih sblm kul 11 mlm ni esok. Hadiah lumayan gak woo.. Sape nak bg RM50 topup senang2 kat kita

Hari ni Esok tarikh tutup, hari ni baru nak submit. Hehe sorry ye dik Nia Lidia ;p Adik Nia Lidia ni rajin ke blog aku, & dia pernak gak review blog aku ni kat blog dia. Sweettt jek.. & kali ni, aku nak support dia dgn sertai segmen nih. Dah lama nak buat entri, tp hari ni baru teringat.

Tema Pilihan:
SAHABAT

Quote:

"WHEN IT HURTS TO LOOK BACK, AND YOU'RE AFRAID TO LOOK AHEAD, YOU CAN LOOK BESIDE YOU & YOUR BEST FRIEND WILL BE THERE."

Gambar:


Aku tujukan quote ni 2 Sahabat Baik aku, Maz & Ustazah. Aku pilih quote ni sebab diorang ni sentiasa ada untuk aku di masa susah & senang, nak2 lagi dalam keadaan kami yang merantau jauh di negeri orang ni. Ini pengalaman sebenar aku sejak aku kenal diorang . Kami mengajar di sekolah yang sama di Kuching sejak 4 tahun yang lalu.

Pandangan aku tentang Sahabat Sejati? Fuhh.. susah nak digambarkan. Bayangkan lah selama ni, buruk baik kita diterima dengan penuh sabar. Kadang masalah sendiri terpaksa dilupakan kerana memikirkan masalah kita. Serius. Tak tipu. Itulah sifat seorang sahabat. Sahabat aku bukan diorang berdua ni je, ada lagi di semenanjung sana. Sampai sekarang pun, aku betul2 rasa beruntung, sbb dalam banyak2 manusia yang ada kat Malaysia ni, aku jumpa diorang semua.. Bukan senang tu.. Kebarangkalian untuk berjumpa dgn seorang sahabat sebaik itu sangat, sangat kecil.. Maknanya, korang mmg bertuah kalau mempunyai seorang sahabat baik!

Oklah, thats all 4 now. Untuk segmen ni, aku tag semua pembaca blog ni. Pada siapa yg nak join tu, ade masa lagi nih :)

Wordless Wednesday #2

Wordless Wednesday

Tuesday, February 7, 2012

Segmen:Jom Upkan Follower Bersama Deyawanny



Segmen kedua yang Zam sertai hari ni~ juga di tag dari Mr. E'raz Fadli. Sesiapa yang nak join, boleh klik banner diatas untuk syarat2nye k ;)

Salah satu syaratnya, cerita tentang kelebihan blog masing2. Hmm :) Blog Zam ni sebuah blog biasa2, hebat lagi blog2 lain di luar sana, tapi kelainan itu pasti ada di blog Zam, & para pembaca lebih mengetahuinya. Insya Allah ;)

Untuk sesi tag, Zam tag... ANDA! YA ANDA! YANG SEDANG MEMBACA ENTRI INI! Sudi2 kanlah ae.. (jangan marah.. hehe)

Contest Blog Gorgeous by Raraa

Klik banner di atas untuk sertai k

Salam & Selamat Malam. Kali ni aku nak join segmen dari Cik Raraa ni. Thanks pada
Mr. E'raz Fadli yang rajin tag aku ;)

Syarat-syarat

Terbuka kepada follower Raraa
Like Fanpage Raraa
Like blog Raraa dan klik semua icon yang diberikan
Buat entry tentang Contest Blog Gorgeous by Raraa sertakan banner berlink & syarat
Tag 3 buddies // pastikan mereka tahu
Letak link entry korang di kotak komen Raraa (bukan tagboard tau)

Okeh~ Semua aku dah buat, & sekarang ni tibalah masa aku tag 3 blogger lain


Mr. Ridzuan Mr. Hanif Idrus Ms. Nor Nadiah

BUDI DO RE MI

Sebelum turun kerja pagi tadi, aku terdengar satu lagu ni. Liriknya menarik perhatian aku. Kenapa ya?


Penyanyi lagu ini ialah Budi, dengan lagunya yang bertajuk DOREMI. Kreatif la kiranya lagu ni ;) Jom layan

Patutlah tak dapat contact~hmm.. Apepun, rayuan dah settle!



Sejak keputusan penempatan diketahui 30 Januari lepas, beberapa kali aku cuba menghubungi BPG untuk memohon pertukaran bidang yang ditawarkan. Tapi talian selalu saja sibuk, & sampai lah satu hari, no. untuk dihubungi seperti sudah tidak wujud lagi. Email telah dihantar, namun tiada balasan. Kaget, akhirnya, aku tergerak hati untuk membuka sekali lagi laman web MOE. Kali terakhir aku melayarinya- Jumaat lalu. Alhamdulillah, ada aplikasi permohonan atas talian rupanya. Sayangnya, pilihan Pendidikan Khas yang aku mahukan cuma ada di IPG Kota Bharu. Jadi, selepas meniliti bidang2 yg ada & meminta pendapat rakan2, aku membuat keputusan untuk memilih bidang Sains & penempatannya di OUM Kuching.
Ya Allah~ permudahkanlah urusan & murahkanlah rezekiku kali ni.. Aminn

Monday, February 6, 2012

Tiada Lagi Tangisan

Lagu ni kerap bermain di radio tahun 2005 dulu, & masa tu aku masih lagi menuntut di kolej. Antara lagu kegemaran aku ni, walaupun liriknye takde kaitan dengan aku (hehe). Penyanyi asalnya Misha Omar, tapi aku sukakan versi Aishah ni. Apepun, kedua2 versi mmg best didengar. Mendayu2 je.. Jom layan~



TIADA LAGI TANGISAN

Kini telah lama kita berpisah
Rintihan asmara kian berubah
Tiada lagi mengharap
Tiada lagi belai manja mu
Semua telah berakhir

Ketenangan hidup menyinari ku
Keperitan cinta terlerai sudah
Tabahkanlah hati luka nan berduri
Ku mengenali siapakah diri ku yang sebenarnya

(Korus)
Tiada lagi tangisan
Tiada lagi airmata
Membasahi jiwa luka
Yang tinggallah hanya memori duka

Semuanya di duga
Pertemuan kali ini
Takkan berkekalan
Berakhirlah istana bahagia

Biarkan daku hidup keseorangan
Tak perlu lagi cinta yang menghiris luka
Titisan airmata kini kekeringan
Tak perlu menabur kasih mu

Ketenangan hidup menyinari ku
Keperitan cinta telerai sudah
Tabahkanlah hati luka nan berduri
Ku mengenali siapakah diri ku yang sebenarnya

Dan kini tertutup jendela harapan
Kau yang menanti ke pangkuan aku
Semua takdir yang telah ku temu
Kan ku bina segalanya tanpa mu

YE KER ANAK TENGAH NI LAIN DARI YG LAIN..?


Orang kata, dalam ramai2 adik beradik, yang tengah ni lain sikit dari yang lain. Contohnya macam dari segi perangai ke, fizikal ke.. Wallahualam.. Zam keluarkan entri ni pun saja nak tanya pendapat korang, & bukanlah Zam nak kata benda ni betul, jauh sekali nak memperkecilkan hati angah angah di luar sana. Sekadar perkongsian, k. Jd jom share korang nye pandangan & pengalaman kat sini.

tibe2 aku teringat kat iklan Stitch ni.. hehe

Sunday, February 5, 2012

"1st year Ohsemm Anniversary - blog remyhazza"

Salam semua~ Petang ni Zam nak join satu segmen salah seorg rakan blogger yg baru Zam kenal~ Remyhazza. Dia ni kerap singgah & komen kat blog Zam sebelum2 ni, & Zam terjumpa segmen ni masa blogwalking tadi. Jadi, pada sesiapa yg berminat nak sertai, klik banner diatas untuk maklumat lanjut. Ada hadiah untuk mereka yang bertuah, k ;)

"Blog Remy ni banyak cerita sal diari hidup dia, & yg bestnye, same macam aku, blog dia banyak memaparkan gambar2 time dia jalan jalan cari makan. Hehe.. & dari komen2 yg dia selalu tinggalkan kat blog Zam, Zam dapat rasa dia ni seorang yang peramah."

Okeh~ Untuk segmen ni, Zam tag semua yg membaca entri Zam kali ini. Sudi2 kan lah ye :))

SALAM MAULIDUR RASUL: Kelebihan Berselawat Keatas Baginda Rasuluhlah Sallallahu Alayhi Wasallam

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan Dia banyak menyebut Allah.” (Al Ahzab:21)


Salam Maulidur Rasul buat saudara Muslim ku semua. Dalam entri kali ini, Zam nak tekankan kelebihan utama berselawat. Maaflah terpanjang sedikit dari biasa, tapi Insya Allah, anda kebaikan yg hendak dikongsikan bersama ('',)

Sebelum itu, apakah itu selawat? Menurut istilah Kamu Bahasa Melayu, selawat ditakrifkan sebagai; "doa kpd Tuhan supaya dilimpahkan rahmat atas Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam."

"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) ke atas Nabi (Muhammad ). Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan." (Al Ahzab:56)

Sabda Nabi
"Barangsiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, dia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. "

Salah satu kelebihan berselawat ialah mendapat syafaat, iaitu pertolongan dari Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam di hari kiamat kelak. Untung nasib kita di sana mmg tidak diketahui, biarpun kita seorang yg taat pada perintah & suruhan Allah SWT, itu belum tentu dapat menjamin nasib kita melainkan dengan rahmat Allah SWT semata. Salah satu cara memperoleh rahmat itu, ialah melalui berselawat (jadi jom kita selawat banyak2 lps ni!)

Satu amalan yg boleh dipraktikan dalam kehidupan seharian ialah, memulakan selawat ke atas Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam sebelum berdoa. Ini antara tips yg menarik untuk dikongsikan kepada anda semua, kerana Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam bersabda

"Setiap doa adalah terhalang, sehingga berselawat atas Nabi sallahu alaihi wassalam "

Lepas ni bolehlah kita tingkan mutu doa kita & disamping itu, moga2 kita beroleh syafaat yg kita idam2kan. Renung2kan, dan selamat beramal (^^,)

Kebahagiaan tak kan lari jauh dari kita..



Tiba2 aku leh terpikir ayat ni. Ermm.. Dalam kehidupan ni, biasalah kadang2 kita akan rasakan kekosongan & kekurangan pada diri. Mungkin saja ia disebabkan oleh ketidaksempurnaan kita. Manusia mana yang sempurna, tapi itu tak bermakna kita tidak boleh berusaha untuk mencapai impian dan mengatasi kekurangan itu, kan? Percayalah pada diri sendiri, kerana anda sebenarnya memiliki kekuatan untuk mengapai kejayaan yang anda sendiri tidak sedar selama ini!

I am Malaysian Cool Blogger


Thanks kepada Mr. E'raz Fadli yg tag Zam. Kepada yang lain, korang boleh klik banner di atas untuk sertai, k. Ini kriteria & hadiah yang akan diberikan :))
Pemilihan Pemenang :
~ Blog yang cool .
~ Blog yang tak serabut.
~ Blog yang ringan gila :P

Hadiah :
~ First Winner : Top up and Handphone Case with Handphone Strap
~ Second Winner : Handphone case with keychain and Brooch flower
~ Third Winner : Handphone strap with brooch flower

Zam tag 3 orang ni~
  • ARRA

  • AISYAH KZ

  • ERYATI
  • Segmen Salam Perkenalan Dari Miss Banu

    Klik banner di atas untuk maklumat, k ;)

    Selamat pagi semua~ Kali ni Zam join segmen dr Miss Banu lak. Penyertaan Zam dalam segmen kali ini adalah untuk menambahkan lagi kenalan blogger yg masih belum Zam kenal lagi di luar sana. Jadi pada yang berminat, korang bolehlah join gak, k ;)

    Pada para blogger yang pertama kali ke blog Zam, Salam Perkenalan! Blog Zam ini biasa2 saja, tapi harap korang akan sukakannya, k. Peace Be Upon You guys (^^,)

    Saturday, February 4, 2012

    CONTEST KARAKTER PILIHANKU


    Satu lagi contest yang aku sertai hari ni. Bagi aku, dgn menyertai segmen atau contest ni, secara tak langsung ia dapat mempromosikan blog kita kepada blogger lain. Setuju? ;)

    Jadi inilah karakter pilihanku~


    Aku minat karakter ini kerana ia..
    1. Mirip kucing [aku suker kucing]
    2. Sebuah robot [aku giler robot]
    3. Berwarna biru [salah 1 warna feveret aku]
    4. Berbentuk bulat [bulat itu comey]
    5. Berasal dari Jepun [aku obses dgn Japanesse stuf nih]
    6. Takut tikus! [unik sikit la sikap dia yg 1 ni]

    Itu saja setakat ini.. ;) Bye~

    What Day is Today? Saturday?? Nooo.. It's CATurday!!


    Dalam entri minggu lepas, aku ada tulis yg hari Sabtu bukan lagi dikenali sebagai Saturday oleh aku, tetapi CATurday.. heh2.. Itulah istilah yang dipopularkan oleh peminat2 kucing di seluruh dunia, & aku temuinya beberapa tahun dulu di laman web I Can Has Cheezburger. Ia memaparkan lolcats~ iaitu gambar2 kucing (adakalnya, haiwan lain) dengan caption yg membawa unsur kelucuan. (The text is often idiosyncratic and grammatically incorrect, and its use in this way is known as "lolspeak" or "kitty pidgin".) Jadi, sempena hari Caturday, jom layan gambar2 lolcats ni ;)












    (singkatan "lol" membawa maksud loughing out loud~ dalam erti kata lain, gelak dgn kuat! hehe)

    "What's Your Name Contest"

    Satu lagi contest yang aku ikut serta hari ni. Aku ternampak entri ttg nya di blog Arra malam tadi :)
    Credit to Nisa Greennpanda & Mizzs Ninie



    Nama ku Ahmad Muhibbuddin Zamani Bin Mohammad, yang membawa makna "Yang Terpuji, Pencinta Agama, Nasib Ku". Alhamdulillah, ibu bapaku memberikan nama yang sebegitu baik untukku. Dari kecil lagi aku bertanya pada mereka, kenapa aku sahaja dalam adik beradik yang mempunyai tiga nama, yang lainnya dua, & mereka menjawab itu semua kebetulan.

    Orang2 disekelilingku memangilku dengan nama yang berbeza2~ Jika ahli keluarga ku, mereka memanggilku Zamani. Anak muridku juga sama. Guru2 & pensyarah pula memanggilku Ahmad, manakala dikalangan rakan2, aku dikenali sebagai Budin @ Din (bunyinya kedengaran mesra & lebih rapat..hehe). Pernah sekali, apabila ayahku datang ke asrama kolej & meminta rakan2 ku memanggil aku turun ke bawah utk berjumpa dengannya, tiada seorang pun yang kenal dengan Zamani. Bila disebutkan nama penuh, baru mereka kenal~ "Oooooo.. Budinn"

    Satu kebetulan juga, A (Ahmad) adalah awalan abjad,
    M (Muhibbuddin) berada di tengah2 susunan abjad
    & Z (Zamani) yang terakhir.. ('',)

    “CONTEST PERIBAHASA MELAYU by ARRA AHMAD DAN AMALINA”


    Salam & Selamat Pagi semua. Hari ni Zam telah dijemput oleh Arra & di tag oleh Mr. E'raz Fadli untuk join contest ni. Okeh, ini peribahasa yang menjadi pilihan Zam ~


    "Ular menyusur akar tidak hilang bisanya"

    Maksud: Tidak akan jatuh martabat kita biarpun kita merendah diri.

    Peribahasa ni masih terngiang2 di ingatan aku slps aku membacanya dalam sebuah majalah waktu kecil2 dulu. Comel je ilustrasi ular tu menyusur akar sambil jelir lidah.. hehe

    Okeh, Zam nak tag Aisyah KZ untuk join segmen ni ;)

    Friday, February 3, 2012

    Kenapa AKu Jatuh Cinta Kat Kau??



    Entri sebelum masuk tidur~ aku suka layan lagu ni dulu. Tibe2 hari ni teringat balik kat lagu ni. Kali pertama dengar, terus suka. Diorang ni Korean, tp lagu ni versi bahasa Jepun. Aku ni peminat lagu Jepun dari kecik lagi, wlpn tak faham sikit habuk, aku layan jek, janji lagu tu menusuk kalbu.. hehe

    DOMO vs DANBO naik BIKE!


    DOMO
    vs
    DANBO..


    Mana lagi comey? DOMO ke DANBO? Bagi aku, aku sukakan kedua2nya ;) Kedua2 watak ini selalu memerah imiginasi para peminat fotografi dalam menghasilkan gambar yg kreatif dengan mood yang artistik!

    Thursday, February 2, 2012

    La Tahzan~ Bersangka baik dengan Allah SWT


    Malam Jumaat ni antara waktu yang mustajab doanya. Jadi apa kata kita luangkan sedikit masa malam ni untuk mendoakan kebahagiaan insan2 tersayang & dalam masa yang sama kita doa kan juga impian2 kita selama ini agar semuanya tercapai (^^,) Allah itu, MAHA PEMURAH.. Minta lah apa saja darinya, pasti kita akan memperolehi sesuatu.. PeAce Be Upon You~

    REVIEW: Hafalan Shalat Delisa

    Beberapa hari lepas, aku berkesempatan menonton filem ini di Astro 1st. Sejak melihat traillernya di Youtube Disember lepas, aku mmg teringin sangat mahu menontonnya, lebih2 lagi lepas ketagihan filem2 Islamik seperti Ayat Ayat Cinta & Ketika Cinta Bertasbih (I & II) sebelum ini.

    Aishah, Ummi, Fatimah, Zahra & Delisa seusai solat.

    Secara keseluruhan, filem ini mengajak penonton menilai tentang keikhlasan dalam melakukan ibadat seharian. Mengupas pengertian redha terhadap qada & qadarNya, dan dalam masa yang sama- menghargai insan-insan tersayang di sekeliling kita.

    Aku tertarik dengan satu adegan di mana Aishah (kakak Delisa) menangis cemburu di saat Delisa dibelikan kalung oleh Umminya & Abi nya pula berjanji akan membelikan sebuah basikal untuk Delisa. Lantas, Umminya memujuk dengan lemah lembut

    "Nak, jangan gampang iri ya.. jangan gampang cemburu dgn barang yang bukan milik kita, apa lagi barang itu punya saudara kita sendiri.."


    PS: Pedih sebenarnya menanggung rasa cemburu ni, pun begitu, sebagai manusia yg tidak boleh lari dari perasaan ini, kita harus lah menanganinya dengan betul & waras.. peringatan untuk diri sendiri juga.. ('',)