Pages

Tomodachi Sama

Wednesday, July 22, 2009

Dua Hari Di DBKU




Isnin lepas, ketika aku baru je nk memulakan kelas Kemahiran Hidup dgn murid2 tahun 4, tiba2 aku diminta untuk mengiringi 2 org murid tahun 6 ke auditorium Dewan Bandaraya Kuching Utara untuk program Skor A UPSR anjuran Majlis Guru Besar Kuching. Kalut gak lah aku dibuatnya pagi tu, sbb lewat menerima berita. Ketika sampai di sana, auditorium sudah penuh dan kami terpaksa duduk di belakang.


Tuuuuu dia.. Duk kat barisan belakang sekali!

Mujur lepas tu, ada Guru Besar yg prihatin dgn murid2 Pendidikan Khas ni menjemput kami duduk di kerusi VIP di tengah2 auditorium.




Ha.. ni baru clear :)

Kalau nak tahu, di dalam bangunan DBKU ini lah terletaknya sebuah Muzium Kucing yg pertama seumpamanya di Malaysia. Masa kecik dulu, aku teringin sangat nak dtg ke Sarawak semata2 nak tengok Muzium Kucing ni. Impian aku tu akhirnya tercapai 3 tahun lepas masa aku mula2 menjejakkan kaki ke Sarawak. Cuma masa tu aku tak bawa kamera jek.


Seram lak aku tengok pintu gerbang nih

Selesai sesi ceramah yg pertama, aku bawa mereka ke kafeteria utk makan tengah hari. Lepas tu baru aku sempat meluangkan masa sekejap untuk masuk ke dalam muzium.



Gambar pertama yg aku amik... Hello Kitty!







Potret2 kucing yg bergantungan..


Geram nk gigit je kucing yg pegang teddy tu


Tanda2 kenangan dari Kelab Pencinta Kucing Jepun






Garfield pun ade gak



Aku suka tengok abjad2 rumi yg terbentuk dr aksi kucing2 ni




Antara cenderahati yg dijual

Aku tak sempat melawat ke semua sudut di dalam muzium hari tu, tp tak ape sbb esok kami akan ke sini lagi untuk sambungan sesi ceramah.

Balik dr DBKU & kelaparan, aku beli cakui di hadapan rumah aku. Nak makan dgn ape ye.. emm kebetulan ade eskrim dalam peti, best gak kombinasi cakoi yg panas dgn eskrim yg sejuk




Keesokannya, aku tak melepaskan peluang utk masuk ke dlm muzium sekali lagi. Kalau dah penggila kucing tu, mcm ni lah jadinya.



Kucing Menarik Pelanggan @ Maneki Neko. Aku penah tulis ttg ni dlm entri sebelum2 ni.




Lagi cenderahati yg dijual di sini

Kat satu sudut nih, aku ternampak gambar2 Name Neko lak, faveret aku time kecik2 dulu. Aku penah tulis pasal kucing2 ni dlm blog Friendster aku.



Ni lah gambar Name Neko yg mula2 sekali aku tengok masa kecik dulu.. Sekitar lewat 80an.. Rindu sangat.. Dah lama aku cuba cari gambar ni kat internet tp tak jumpa..


Teringat zaman kanak2 dulu.. haha padan muka kucen yg kene tangkap tu


Gambaran kehidupan masyarakat Jepun bersama kucing2 diabadikan di dlm lukisan2 ini


Haaa.. Akhirnya jumpa juga dgn apa yg aku cari.. Doraemon le.. Sorrylah kat sini tak jumpa pun Pooh dgn Stitch sbb diorang tu tak sama spesis dgn Doraemon hehe





Tetibe ade terselit lak wau kat sini.. ape kaitannya dgn kucing?


Inilah Wau Kucing dr Kelantan yg dijadikan simbol MAS tu






Ni lak replika kubur kucing


Kucing2 yg diperbuat dr susunan kulit2 siput


Teko bentuk kucing.. Suka tgk kucing tuxedo ni.. Teringat aku kat kucing di maktab dulu yg aku panggil ABU.. Dia suka kejar aku, & masa tu aku akan lari sambil terkekek2


Aku sukakan lukisan2 ni.. kalau boleh nak je beli


Time makan tengah hari.. Beratur panjang cikgu2 ni nak ambilkan makanan untuk murid2.

Lps makan, ada banyak lg masa sebelum sesi ceramah diteruskan. Apa lg, masuk balik ke muzium kucing.



I just love when the cats came across with the Japanese arts. It just blend well to me hehe. These cats drawing are painted by Nakahama Minoru.





Kawai desu ne? ;)

Tuesday, July 21, 2009

Aku & anjing jiranku

Abu Hurairah berkata, Rasulullah sallallahu alayhi wasallam bersabda maksudnya: "Ketika mana seorang lelaki berjalan di suatu jalan, dia terlalu dahaga. Tiba-tiba dia menemui sebuah perigi. Oleh kerana tiada timba untuknya menceduk air dari perigi itu dia turun ke dalamnya dan meminum air sehingga puas. Kemudian dia naik ke atas dan ternampak seekor anjing terjelirjelir lidahnya menjilat pasir kerana tersangat dahaga. Lelaki itu berkata pada dirinya sendiri: Anjing ini haus seperti apa yang aku rasakan sebelum ini. Lalu dia turun semula ke dalam perigi dan mengisi air ke dalam kasutnya. Dia memegang kasut yang dipenuhi air itu dengan mulutnya sambil memanjat naik ke atas. Kemudian dia memberi anjing itu minum. Allah berterima kasih kepadanya lantas mengampunkan dosanya dan memasukkannya ke dalam syurga.

Sahabat bertanya: "Ya Rasulullah! Apakah dengan menolong haiwan kita mendapat pahala juga?" Baginda menjawab: "Ya! Menolong setiap makhluk bernyawa akan diberi pahala." (Hadis riwayat al-Bukhari)

...............................

Aku sebenarnya alergik dgn haiwan alah ni, dlm erti kata sebenar takut plus mencik hehe yelah dari zaman kecik sampai ke besar ni penah lah sekali dua kene kejar dgn anjing, & tak kurang juga ada yg menyeringai kat aku. Amboiiiii cantik betul aku tengok taring dia huk huk :'( Ada sekali tu, aku lalu kat satu lorong ni yg ada ada sepasang anjing tengah mengawan. Waahhh kemain betul ia marahkan aku time tu tp alhamdulillah tak ada apa yg berlaku. Cuma calar balar sikit kat tangan sbb aku melompat dr lorong tu merentangi parit air utk selamatkan diri & masa tu aku cuba berpaut pada rumput2 yg berduri. Kalau tak, alamatnye basah le suar aku dalam parit tu ;P

Nak kata aku mencik sangat tahap anti kat spesis ni takdelah. Mase kecik dulu, & sampai skrg aku masih sukakan Lassie. Kanak2 yg membesar sezaman dgn aku mesti tak kan lupa kat anjing yg baik hati tuh, suka tolong orang & haiwan lain mcm kucing. Selain Lassie, aku suka sangat Hemo-Hemo dlm Ninja Boy & si Pesu Hagemaru tu (hehe yg 2 terakhir ni boleh dikira sekali ke?)

Memang menurut pandangan jumhur fuqahak, anjing di kategorikan najis mughallazah, tp tak bermakne kite leh buat jahat kat haiwan ni kan? Islam tak penah lak suruh haiwan2 ni di sakiti, & dari hadis di atas pun kita dapat faham isinya dgn jelas kan? Tp yelah apepun kita kene berhati2 gak sbb dah kalau namanya haiwan, naluri & sikapnya sukar dijangka. Lagipun gigi & kuku haiwan ni tajam eeeee takut gak

Berbalik pada tajuk entri kali ni, sebenarnya aku dah dua minggu menetap di Batu Kawa. Dulu rumah ku di Matang. Auntie, jiran baru di sebelah kanan rumah aku ada membela seekor anjing jantan. Kali pertama aku datang nak tengok rumah, dia salakkan aku dr sebelah. Naseb baik anjing tu duk dalam rumah. Biasalah mula2 tak kenal. Kali kedua, masa Uncle tuan rumah datang jenguk aku, boleh anjing tu masuk sekali sampai kat laman rumah. Aku pun tak selak gate pas Uncle masuk td. Aih, datang ziarah ni nak kenal jiran baru ke? Cuma kali ni anjing tu tak menyalak, & dia dok tenung je aku jek (huhu dlm hati aku kata naseb Uncle ade, at least anjing tu kenal Uncle jd takdelah dia nk menyalak tak tentu pasal.)

Kali ketiga plg best. Balik dr sekolah, sampai je depan rumah, aku jenguk ke rumah jiran. Eh mana anjing tu pergi, takde pun. Aku toleh ke kiri & kanan, eh takde jugak. Mana anjing tu pergi eh? Ah lantaklah, masuk dulu. Masa tulah, tetibe aku terdengar bunyi mendengus dr belakang..
Alamak!! Anjing jiran lah huhuhu ketaq lutut ni tak leh cakap. Bukan takut ape cume terkejut. Hampeh! Aku tak tau lak dia ada kat belakang. Melenggang je anjing tu datang ke arah aku. Huhu tak penah aku berdiri dekat mcm tu dgn anjing sebelum ni. Mangga gate lak susah nak bukak! Aku dok sumpah seranah mangga tu dlm hati, & janganlah dia mai gesel kat aku huuu geli woo! Aku cume angkat tangan menghalaunya manje, yelah dah dia tak agresif, main halau gitu2 je lah. Alamak knp aku takleh bukak2 mangga nih. Anjing tu lak makin dekat dgn aku. Cuak, aku menghentak kaki menghalau. Serentak dgn tu dia mendengus kecil, marah. eh eh rilek la mr. anjing, h u h u eh.... eh... ah ha! Yes! Boleh bukak pun mangga ni. Haha bye2 mr. anjing~


Aku masuk ke dlm rumah. Lega. Anjing tu lak dok tenung je aku dr luar gate, lps tu dia blah. Kemudian baring balik kat tempat dia lepak tadi. Aku tgk, dia mcm lapar je.. dok terjelir2 lidah. Aku kuar semula, meninjau dia dr sebalik grill rumah. Bila dia nampak aku, dia angkat muka, kemudian bangun & datang semula ke depan gate aku sambil terjelir2 lidah.. Eh eh dia ni lapar ke dahaga? Aku lak takde bekas nak isi air bg kat dia. Teringat kat biskut tawar yg baru aku beli tadi sblm balik. Err anjing makan biskut keh?

Lps hari tu, dia masih salakkan aku setiap kali aku kuar rumah & balik dr sekolah, lebih2 lagi bila dia terkurung di dlm rumah tuannya. Naseb aku tak kene sakit jantung jek bila dia tiba2 menyalak. Banyak kali gak terkejut dgn dia. Dia mcm tak kenal aku lak. Hampeh tul. Kecik hati aku. Sblm ni ok jek.

Dan hari ni, aku balik lewat, hampir2 nak masuk maghrib sbb ade program kat DBKU dr pagi sampai petang td. Macam biasa, anjing tu 'sambut' aku balik. Alamak, Auntie tak tutup pintu gate rumah dia & anjing tu menyalak dr dlm rumah sambil datang ke arah aku. Huhu ni tak suka nih.. suka salak kat orang, mcm lah tak kenal aku sape. Dia berhenti menyalak, menggeliat, & dtg dekattttt betul dgn aku. Aku tak rasa dia nak buat jahat, cuma dia dtg terlalu dekat dgn aku huhu alamak kali ni punya dekat tak sama mcm dulu. Mcm nak bermanja & menggesel kat aku jek! Alamak dah lah basah sbb hujan, aku risau jap lagi dia mai dok remangkan bulu dia yg basah tu & terpercik kat muka aku. Tak pasal2 aku kene mandi air tanah nanti. Nasib tak lama pastu Auntie keluar & panggil anjing tu masuk, & aku pun tak ingat nama anjing tu yelah tangan aku dok kalut nak bukak mangga rumah tak dapat2 dr td hehe

Mcm biasa, pas aku masuk rumah, dia tetap tunggu kat depan gate. Lama lak tu. Masa aku intai dr tingkap, dia ada lagi kat situ, sambil terjelir2 lidah. Aku biarkan je, tp lama2 aku mengalah sbb kesian.
"Yelah, yelah.. biskut tawar je tau.. sorry lain takde.. "

Gambar diatas tidak sedikitpun menggambarkan situasi sebenar aku & anjing tersebut. Harap maklum ye ;p

Sunday, July 19, 2009

Aku Cuba Mengasah Kembali




Aku minat melukis (& mewarna), tp tak lah sehebat org lain
Lagipun aku tak pernah asah minat tu betul2 sblm ni
Cuma baru2 ni je, minat tu timbul balik
Mungkin sbb aku nak hilangkan kebosanan yg tgh melanda ni
Sempat lah gak aku korek cara2 nak melukis manga kat tenet td
& diari tahun sudah yg jadi mangsa contengan aku (Sejak memblog ni dah lama tak tulis diari)

Lps ni, tak tahulah nak cube lukis ape lak
Hmm..

Ku Curi Ciku Di Halaman Orang



Adoyaiii.. Dah lama aku tak makan ciku. Antara buah feveret aku nih. Jadi bila dah ada peluang ni, aku ikut je Abdillah g petik buah2 ni (Dia yg ajak so aku tak 100% bersalah k haha). Pokoknye rendah jek, n bila tengok buah2 nye yg lebat, aku jd giler koser. Rasa nak amik semua hikhik

Tapi tengoklah dia punya getah.. Merembes!



Hehe actually Mazlina yg suruh aku amik ciku ni kat rumah dia. Banyak sampai tak termakan. Takkan lah aku nak mencurik lak kan. Itupun naseb pokok rambutan kat sblh pokok ciku tu tak berbuah lagi, kalau tak dah lama aku kebas gak hehe. Thanks Anje :)

Aku ke sekolah jap pg tadi sbnarnya, itu yg jumpe Mazlina tu. Tp aku tak lama, lps tu aku terus g bandar Kuching, cuci2 mata. Boring weh takde benda nak buat hujung minggu nih

Sambil2 beli barang dapur, aku sempat singgah SPEEDY Hobby Shop kat Tun Jugah, tempat aku selalu beli model2 aksi sebelum nih.







Target aku model aksi Kamen Rider Den-O ni, tp bila tengokkan regenye, tak naklah.. Mahal sangat



Balik rumah, aku baham eskrim nih nak hilangkan mood bosan yg melanda..



Hmm.. nape ntah, boring tuh tak hilang2 gak..

Saturday, July 18, 2009

HaPpY BiRtHDaY Kak Salina


Petang kang ajak hubby g belanja makan seafood ye ;P


Entri ni khas ditujukan buat rakan guru Zam yg mengajar di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Tuaran bersama suaminya, Abg Khairul. Zam kenal dia masa kat maktab lagi, & time tu dia senior Zam.



"HAPPY 26TH BIRTHDAY"
SEMOGA PANJANG UMUR MURAH REZEKI YE :)

Friday, July 17, 2009

Antara Michael Jackson & Syahidah Marwa al-Sharbini




Saya sedih, bukan karena kematian MJ yang dipuja jutaan orang di dunia. Tapi saya sedih, karena pada saat yang sama, berlangsung perkebumian seorang muslimah yang Insya Allah menjadi seorang syahidah karena mempertahankan jilbabnya. Marwa Al-Sharbini, seorang ibu satu anak yang sedang mengandung tiga bulan, syahid akibat ditikam sebanyak 18 kali oleh seorang pemuda Jerman keturunan Rusia yang anti-Islam dan anti-Muslim. Tapi berita ini, sama sekali tidak saya temukan di tv-tv kita , negara yang majaroti penduduknya Muslim, bahkan mungkin, tak banyak dari kita yang tahu akan peristiwa yang menimpa Marwa Al-Sharbini.



Ribuan orang di Mesir yang mengantar jenazah Marwa Al-Sharbini ke tempat istirihatnya yang terakhir, memang mungkin banyak orang yang menangisi kepergian Michael Jackson. Marwa hanya seorang ibu dan bukan superstar seperti MJ. Tapi kepergian Marwa Al-Sharbini adalah lambang jihad seorang muslim. Marwa Al- Sharbini mempertahankan harga dirinya sebagai seorang Muslimah yang mematuhi ajaran agamanya meski pun untuk itu ia kehilangan nyawanya.



Marwa Al-Sharbini ditikam di ruang sidang kota Dresden , Jerman saat akan memberikan kesaksian atas ancaman terhadapnya . Ia mengadukan sorang pemuda Jerman bernama Alex W yang kerap menyebutnya "teroris" hanya karena ia mengenakan jilbab. Dalam suatu kesempatan, pemuda itu bahkan pernah menyerang Marwa dan berusaha melepas jilbab Muslimah asal Mesir itu. Di persidangan itulah, Alex kembali menyerang Marwa, kali ini ia menikam Marwa Al-Sharbini berkali-kali. Suami Marwa yang berusaha melindungi isterinya, malah terkena tembakan pehak berkuasa keamanan pengadilan yang berdalih tak sengaja menembak suami Marwa yang kini dalam kondisi kritis di rumah sakit Dresden .

Peristiwa ini sepi dari pemberitaan di media massa Jerman dan mungkin dari pemberitaan media massa asing dunia karena yang menjadi korban adalah seorang muslimah yang dibunuh oleh orang Barat yang anti-Islam dan anti-Muslim. Situasinya mungkin akan berbeza jika yang menjadi korban adalah satu orang Jerman atau orang Barat yang dibunuh oleh seorang ektrimis Islam. Beritanya dipastikan akan gempar dan mendunia.

Itulah sebabnya, mengapa di tv-tv kita cuma sebuk dengan pemberitaan pemakaman Michael Jackson yang mengharu biru itu. Tak ada berita pemakaman Syahidah Marwa Al-Sharbini yang mendapat sebutan "Pahlwan Jilbab". Tak ada protes dunia Islam atas kematiannya. Tak ada tangisan kaum muslimin dunia untuknya. Tapi tak mengapa Marwa Al-Sharbini , karena engkau akan mendapatkan tempat yang paling mulia di sisiNya ALLAH SWT . Seiring doa dari orang-orang yang mencintaimu. Selamat jalan saudariku, maafkan kami jika kurang peduli ...


بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِين
الرَّحْمـنِ الرَّحِيم
مَـالِكِ يَوْمِ الدِّين
يَّاك نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِين
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّين



(kredit pd insan yg menghantar email ini kpd Zam)